http://www.mixpod.com/playlist/76906292

Thursday, April 26, 2012

Ceritakan pengalaman kamu semasa melihat rakan kamu bersikap tidak bertanggungjawab

Saya ada kawan yang tidak bersikap tanggungjawab.Namanya aniq.Dia selalu membuat sesuatu yang salah tetapi tidak pernah mengaku kesilapan.Jika dia tidak mahu ditangkap oleh sesiapa dia akan melarikan diri.Pada sesuatu hari,aniq telah pun memecah pasu di kelas.Saya ternampak kejadian itu.Saya berasa terperanjat lau mengikutnya mana-mana dia pergi.Aniq tidak  perasan bahawa saya sudah ternampak apa yang terjadi.Keesokan harinya guru saya, Mr Khairul, menanya kami siapa yang telah memecah pasu tersebut.Saya menoleh ke arah Aniq saya fikir bahawa dia akan mengaku perbuatannya yang salah walaupun tidak sengaja tetapi kini dia menuduh kawan karib saya Firda.Firda berasa terkejut dan juga guru saya.Firda seorang pelajar contoh dan tidak mungkin dia akan membuat begitu.Saya dengan segera menuju ke guru saya dan memberitahu perkara yang sebernar.Guru saya terkejut dan terus memanggil Aniq.Aniq seperti tidak bersalah.Guru menanyanya lalu dengan ketakutan,Aniq terus memberitahu Mr Khairul cerita yang sebenar.Mr Khairul memarahnya.dia menangis kesedihan dan meminta maaf kepada Fuirda kerana menuduhnya tanpa sebab dan juga Mr Khairul kerana menipu.Sejak hari itu, Aniq berazam untuk menjadi orang yang baik dan mengaku kesilapannya sendiri.